Thursday, October 18, 2007
posted by syahrul at 8:21:00 PM | Permalink
30 Larangan Untuk Wanita,19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita dan 4 Golongan lelaki ditarik wanita
  1. Menyambung rambut palsu
  2. Bertatu, mencabut bulu wajah danmengikir gigi
  3. Keluar rumah dengan memakai minyakwangi
  4. Memperlihatkan perhiasan dan solekan di depan lelaki lain
  5. Menolak panggilan suami untuk tidurbersama
  6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
  7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
  8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami
  9. Derhaka kepada suami
  10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
  11. Mengingkari kebaikan suami
  12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
  13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
  14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
  15. Menyerupai lelaki
  16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
  17. Memandang aurat wanita lain
  18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
  19. Masuk permandian awam
  20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
  21. Meratapi kematian
  22. Berhias atas meninggalnya seseorang
  23. Menghantar jenazah
  24. Mempercayai dukun dan peramal
  25. Menyumpah anak-anak sendiri
  26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
  27. Menganiaya pembantu rumah(orang gaji)
  28. Mengganggu jiran
  29. Minta cerai kerana suami sakit
  30. Minta cerai kerana suami menikah lagi<>

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita :

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w.,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dand oa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.t. mencatatkan baginya pahala orangyang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, makaAllah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkanAllah s. w. t. dan orang yang takutkanAllah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yangmenyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolongsuaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. Memasukkan dia ke dalam syurga lebihdahulu daripada suaminya (10,000tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanyakepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? JawabRasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapapula berhak terhadap lelaki?" JawabRasulullah s. a. w, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersamaanak-anak nya akan tinggal bersama aku(Nabi s. a. w) di dalam syurga.
  18. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r. a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuatbaik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita Seseorng wanita itu apabila di yaumal al-khirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkanperanannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA : Apabi la seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji &sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat,tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA : Apabila suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA : Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPA T - ANAK LELAKINYA : Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihatbertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaumlelakiyang bergelar ayah@suami@abang@anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.