Monday, October 15, 2007
posted by syahrul at 11:04:00 PM | Permalink
Untuk renungan bersama..
Dunia sekarang semakin menakutkan terutama apabila disentuh berkait dengan soal akidah . Kenapa jadi begini?? Kenapa samapai ada yang mengatakan tidak mahu ada anak!!Sebenarnya mereka bukan takut mahu beranak, tetapi takut apabila mereka sudah ada anak , anak mereka terpesong dari akidah yang sebenar dan dari mazhab yang kita pegang sekarang ini iaitu ahli sunnah wal jamaah.
Mufti Perak , Sohubus samahah Datuk Harussani Bin Zakaria bersuara lantang didalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC . Sohibus samahah Mufti perak Datuk Harussani juga minta kepada penceramah-penceramah , ustaz-ustaz dan imam-imam , supayatidak lupa bercakap tentang perkara ini didalam kuliah-kuliah dan di mimbar-mimbar masjid bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh seluruh umat Islam di Malaysia.
Tahu apa yang pertubuhan IFC minta pada Perdana Menteri??Mereka menghantar memorandum kepada Perdana Menteri minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan didalam perlembagaan Negara .

Antaranya :

  1. Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun .
  2. Di dalam dokumen pengenalan rakyat malaysia iaitu Mycard dan juga Passport dihapuskan kolumidentiti agama .
  3. Mana-mana orang bukan Islam jika mahu berkahwin dengan orang Islam , tidak perlu masuk Islam .
  4. Tetapi mana-mana orang Islam yang mahu berkahwin dengan orang bukan Islam ,mestilah tukar agama kepada bukan Islam .
  5. Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid , IFC juga mahu kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam(terutama cina)
  6. Peraturan sekolah yang mengizinkan anak-anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan , kerana ia menghina agama bukan Islam .
  7. Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain .
  8. Mana-mana orang bukan Islam yang ingin menganut agama Islam, semua hartanya harus dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam .
  9. Mana-mana pasangan yang bukan Islam , apabila masuk Islam , maka hakpenjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka .
  10. Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran agama lain daripada Islam juga perlu diberi ruang yang sama seperti agama Islam .
  11. Sepertimana Al-Quran , Kerajaan Malaysia juga harut turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan diseluruh negara.
  12. Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi Malaysia ?

Ada lagi beberapa memorundum yang diserahkan kepada P.M...para pembaca blog ini boleh rujuk kepada Majalah Millennium Muslim