Sunday, January 6, 2008
posted by syahrul at 10:49:00 PM | Permalink
Kuliah Agama
KULIAH AGAMA

bersama

SYEIKH MUHAMMAD NOERUDDIN MARBU AL-BANAJRI AL-MAKKI



12 Januari 2008

Tempat : Masjid Al-Falah USJ9

Masa : 9:00 pagi - 12:30 tengah hari

Selepas Maghrib - 10:30 malam



  • Diskusi Kitab

13 Januari 2008

Tempat : Masjid Al-Falah USJ9

Masa : 9:30 pagi - 12:30 tengah hari

  • Diskusi Kitab

13 Januari 2008

Tempat : Surau An-Nur,Serembam

Masa : Selepas Asar - 6:00 petang

Selepas Maghrib - 10:30 malam

  • Diskusi Kitab

 
Tuesday, January 1, 2008
posted by syahrul at 12:39:00 PM | Permalink
FEQAH
ZUBDATUL QAWAID AL-FIQHIYYAH
KAEDAH ASAS 2 :-
  • YAKIN TIDAK BOLEH DIHILANG DENGAN SEBAB RAGU

Kaedah ini berasaskan daripada sabda Rasulullah s.a.w : "Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu didalam perutnya,kemudian timbul keraguan dengan sebabnya;apakahkeluar sesuatu daripadanya atau tidak,maka janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga dia mendengar suara atau mencium baunya (mendapati ada bukti batal wudhuknya)". -Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah.

Daripada Abi Said Al-Khudri r.a,beliau berkata : Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:"apabila seseorang kamu ragu ketika ia solat dan ia tidak pasti berapa rakaatkah yanh telah ia lakukan,tiga atau empat.Dia hendaklah ketepikan rasa ragu tersebut dengan keyakinan dengan berpegang kepada apa yang dia yakin". Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Diantara Hukum furu' yang terbentuk dari kaedah ini :-

  1. Asalnya ialah kekal sesuatu itu berada dalam keadaan kekal

Antara Contohnya ialah :

  • Seseorang yang yakin dia suci tetapi meragui dia berhadas ataupun tidak maka melalui kaedah ini dia dikira suci
  • Seseorang yang yakin dia berhadas tetapi meragui dia suci ataupun tidak maka melalui kaedah ini dia dikira berhadas
  • Seseorang makan di penghujung malam tetapi ragu sudah terbit fajar ataupun belum, maka pada kaedah ini puasanya sah disebabkan pada asalnya malam itu masih berbaki

 
posted by syahrul at 12:15:00 PM | Permalink
FEQAH
ZUBDATUL QAWAID AL-FIQHIYYAH

KAEDAH ASAS 1 :-

  • SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUAN

Kaedah tersebut berasaskan sabda Rasulullah s.a.w : "Hanyasanya amalan-amalan itu diambil kira dengan adanya niat".Hadis ini shohih dan masyhur dikeluarkan oleh kempat-empat imam dan lain-lainnya.

Banyak masalah-masalah telahpun terbentuk dibawah kaedah ini :-

  • Antaranya satu perempat ibadat seperti wudhuk,mandi,tayamum dan lain-lain yang berkaitan dengan ibadat.
  • Akad dan Kontrak seperti kinayat jual beli,hibah dan wakaf.
  • Berkaitan qisas seperti membezakan perbuatan pembunuhan sengaja,separuh sengaja atau tidak sengaja
 
posted by syahrul at 1:19:00 AM | Permalink
Pahang Darul Makmur
MAJLIS PENGAJIAN
BERSAMA
TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NOERUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI
Tarikh : 09 Januari 2008
Tempat : Masjid As-Syakirin
Masa : 6:30 petang - 10:30 malam
  • Bacaan Doa Akhir dan Rattib Haddad (sebelum maghrib)
  • Bacaan Doa Awal Tahun dan Tahlil
  • Diskusi - Hukum Zikir dengan Nyaring(melantangkan suara) dan Berjemaah

Tarikh : 10 Januari 2008

Tempat : Dewan Kuliah UIA cawangan Kuantan

Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari

  • Diskusi - Bagaimana Menentukan Hukum Berdasarkan Hadis

Tarikh : 10 Januari 2008

Tempat : Masjid Negeri ,Kuantan,Pahang

Masa : 7:00 malam - 10:30 malam

  • Diskusi - Hukum Zikir Menggunakan Tasbih